ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

Thursday, October 23, 2014

6 Anggapan Salah Terhadap Kucing

6 bentuk salah tanggapan yang kerap dan biasa di utarakan oleh kita terhadap kucing. Tanggapan ini kebanyakkannya datang daripada orang-orang dari Negara kita sendiri.

Antara tanggapan–tanggapan tersebut adalah, seperti berikut;

1. Jika kucing membuang najis selain dari tempatnya, sapukan hidungnya pada najis itu.

Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang kejam, malah ia tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kucing itu selain daripada memberi stress kepadanya. Kucing yang ketakutan dan mengalami stress akan mengubah perilakunya lebih buruk daripada sedia ada. Memberi hukuman sebegini kepada kucing akan menyebabkan kucing mengaitkan hukuman dengan litter box itu dan akan terus menjauhinya.

2. Kucing boleh minum susu lembu.

Walaupun banyak kucing yang sukakannya, ia amat tidak digalakkan terutamanya kepada anak
kucing dan kucing yang tua. Kucing tidak dapat menghadam laktosa (gula) yang terkandung
dalam susu lembu dan ini akan menyebabkan perutnya meragam dan cirit-birit. Keadaan ini amat merbahaya kepada anak kucing kerana ia boleh menyebabkan risiko dehidrasi (kekeringan air) yang cepat. Kucing dewasa tidak memerlukan susu walaupun setitik. Jika kita masih mahu memberinya, kita perlu memberikan susu istimewa yang telah dirumus khas untuk kucing meminumnya.

3. Kucing boleh makan ikan.

Tidak mengapa jika ianya adalah sekali-sekala tetapi tidak wajar dijadikan diet harian. Memberinya terlalu banyak ikan boleh membawa kepada penyakit Steatis yang berpunca daripada kekurangan Vitamin E. Kucing memerlukan taurine dalam dietnya dan ikan tidak ada sumber taurine yang mencukupi. Ikan yang terutamanya dari laut tercemar juga menyebabkan kucing berhadapan dengan risiko keracunan magnesium (begitu juga manusia).

4. Kucing saya akan jadi malas jika dineuter atau spay.

Neuter akan mengelakkan populasi kucing menjadi tidak terkawal. Jika kita pergi ke pusat perlindungan, kita akan dapat melihat apa nasib yang berlaku ke atas kucing-kucing yang ketiadaan adopter. Kaedah ini juga sebenarnya memberi kesan yang baik kepada kesihatan kucing itu sendiri. Jika kucing kita mengalami berat badan badan berlebihan, kita perlu berjumpa dengan veterinari dan berbincang dengannya satu plan diet. Jangan sekali-kali meletakkan kucing kita dalam program diet tanpa kawal selia dari veterinari kerana ini boleh membawa kepada situasi yang mengancam nyawa yang dipanggil Hepatic Lipidosis.

5. Kucing betina saya seharusnya mempunyai seekor anak sebelum dilakukan spay.

Tidak, adalah lebih baik melakukan spay sebelum umur 6 bulan untuk mengelakkannya
mengandung. Risiko mendapat kanser payudara juga meningkat jika kucing tersebut telah pun
mengandung pertama kalinya.

6. Kucing berdengkur (purr) kerana dia gembira.

Memang benar kucing berdengkur kerana mereka gembira tetapi mereka juga melakukannya ketika dalam kesakitan. Kucing juga berdengkur ketika sedang melahirkan anak dan kadangkala ketika menghadapi saat kematian. Purring lebih merupakan sebagai menyatakan emosi berbanding mengucap kegembiraan.

P/S: Sumber info adalah dari ebook Kucing Comel.