ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

Friday, September 4, 2015

Update: Design Baru Cat Tree

Assalamualaikum..

Dah sebulan tertangguh nak update pasal cat tree ni..huhu..Maaf ye..Saya terima tempahan dari sis Akira yang duduk kat Gombak..Beliau request nak cat tree design lain skit dari design2 yang kita ada sebelum ni..Anyway, kami akan buat sehabis baik mengikut permintaan customer..Apa2 pun, tadaaaaa....ni lah hasilnya...


RM200.00

Ni gambar yang Sis Akira bagi..Alhamdulillah meoww2 dia suka ngan cat tree ni..hehehe..Thankz Cik Akira kerana menempah dengan kami..Pada yang berminat, bleh la contact saya melalui emel ye..

Thursday, July 23, 2015

Hiba: Kehilangan Yang Tiba-Tiba

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya semua..Hari ni dah masuk 7 Syawal, ramai yang dah start keje kan..Tengok tajuk je mesti korang dah tau entry kali ni mesti cite sedih..Hurm..memang sedih pun..sedih sangat2..
Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 4 Syawal, aku dapat wasap dari Kakcik aku mengatakan 3 ekor kucingku mati tanpa diketahui sebabnya. Ya Allah terkejutnya aku..Mana tak nye, yang mati tu semuanya sihat2 belaka n xda masalah apa pun..yang buat lagi sedih, Kakcik aku cakap ade lagi beberapa ekor yang tengah nazak n selebihnya termenung je..


Aku tak tau nak buat camne..Sebab mase tu aku kat rumah mertua. Aku mintak tolong Kakcik bagi makan ubat antibiotik kat mana2 yang tengah lemah masa tu. Esoknya lepas check up, aku terus balik rumah. Masa sampai, mak aku cakap Mickey dah takda. Mak dah tanam dah. So, aku xsempat tengok. Mak aku cakap, nangis dia masa tanam Mickey tu sebabnya Fin mak si Mickey duk mengadap je Mickey sampai la Mickey mati. Pastu lepas dah tanam, Fin terus mngiaww2 kat mak aku n keliling rumah macam dia tercari2 Mickey. Lagipun mak aku sedih sebab dia sayang si Mickey tu. Mickey suka kacau mak aku kalo time nak bersihkan sangkar diorang. Mickey ni nakal sangat. 
Lepas dengar cite mak aku, aku pun terus amik ubat antibiotik. Aku cari n tengok sekor2 mana yang sakit. Aku tengok Taxi keadaan dia dah lemah, n ada lg 2 ekor yang lemah gak. Aku tawakal je bagi antibiotik tu sebab dalam keadaan aku yang tengah sarat ni, tu je yang mampu aku buat. Tapi malam tu, sekor lagi mati. Hurmm...esoknya plak iaitu semalam, 5 ekor lagi mati. Dalam gambar tu ada 4 je sebab yang lagi sekor tu mak jumpa dia dah busuk kat bawah timbunan kayu2..Mungkin dia dah mati beberapa hari sebelum.


Allah...Aku dah masuk fasa pasrah dan menyerah jela..Lepas sekor, sekor mati..Aku rasa macam nak give up dah ni..Tapi kekuatan datang bila aku tengok, Taxi masih lagi bertahan. Anak Taxi si Jep pun masih lagi bertahan sampai hari ni..Cuma sekor lagi mati dalam longkang tengahari tadi..Lom sempat ada nama lagi meoww tu, dah pegi dulu..huhu..Masuk hari ni hari ke-4, total meoww aku yang mati 10 ekor..Now meoww aku tinggal 21 ekor out of 31..huhu..
Alhamdulillah, petang tadi pegawai veterinar datang rumah aku. Semuanya aku suruh cucuk antibiotik..Sekurang2nya, dapat kuatkan antibodi diorang..huhu..Cuma yang aku harapkan, meoww2 yang ada skang ni kuat n terus bertahan la..Buat Fin plak, harap terima kenyataan yang Mickey dah takda. Sedih aku tengok..Sampai hari ni dia still mengiaww2 keliling rumah cari Mickey. Pastu ngiaww kat aku seolah2 tanya mana anak dia..Sian Fin..huhu

Monday, June 29, 2015

Update: Lagi Cat Tree Design Baru (Open For Order)

Haaaa...lai..lai...ni ada lagi dua design baru cat tree house..Korang bleh jugak nak request design sendiri..Korang design, SeniKyna buat..Seronok tengok cat tree ni dapat sambutan yang agak memberansangkan dari pencinta2 meoww ni..

RM180.00 SAHAJA!!

Ada jugak kami terima tempahan daripada beberapa cat shelter..Alhamdulillah..

RM260.00 SAHAJA!!

Yang ni gambar dari salah seorang customer..Alhamdulillah meoww2 dia suka ngan cat tree ni..Jom pakat happykan anak2 bulus, meow2 korang..

COD: Negeri Sembilan, Selangor, Melaka & Muar..

Cat Tree House Mampu Milik: New Touch, New Design

Salam Ramadan semua...Hai..Hai..Hai...

Haaaaaa...Pada rakyat2 Selangor, Melaka, Muar dan khususnya Negeri Sembilan yang teringin sangat nak ada cat tree tuk meoww2 dia tapi mampu tengok je sebab tak mampu nak beli, meh beli kat kami..Harga sangat la affordable kompem mampu milik..hehehe..Kali ni kami datang dengan design baru yang rasenye lebih segar macam baru lepas kumur2 ngan listerine..hahaha..


RM200.00 SAHAJA!!!


Yang lagi best nye free delivery tau..Sekali lagi ku nyatakan disini kami bleh hantar area Selangor, Melaka, Muar dan Negeri Sembilan.

P/S: Cat Tree House ni adalah produk keluaran SeniKyna..Pada yang berkenan leh la pm saya ye..


Sunday, April 12, 2015

Tempahan Cat Tree House DiTutup

Assalamualaikum semua..

Seperti yang di nyatakan kat atas, sebarang tempahan untuk Cat Tree House di hentikan buat sementara waktu. Saya diberitahu ramai yang telah bertanya mengenai Cat Tree House tersebut. Bukan customer je yang frust, saya pun frust jugak sebab terpaksa hentikan tempahan ni. Tapi jangan risau, saya akan maklumkan bila korang semua bleh order balik hokeyyy!!


Coming Soon!!!

Wednesday, April 8, 2015

Si Ibu Makan Anak Si Jibam

Di kala tengahari yang membahang pada 05 Mac 2015 jam 11.50 pagi, aku tergerak nak tengok Si Ibu kat sangkar dia. Tiba-tiba....(suspen tak??hehe) Ok sambung balik ayat tadi. Aku tengok Ibu tengah duduk sambil kepala dia gerak2. Aku fikir dia tengah jilat anak2 dia. (bersangka baik tak aku??) Sekali bila aku dekat, Ibu bangun n dia gonggong "anak" dia. Aku tak pasan lagi ape2 yang tak kena. Aku pun bukak la pintu sangkar tu sebab ibu macam nak kuar. Bila dah bukak pintu, dia terus keluar sambil gonggong "anak' dia tadi tu. Aku pelik la sebab slalu kucing gonggong anak, dia akan gigit kat tengkuk anak tu. Tapi ni, dia gigit kat perut dalam keadaan kepala anak tu ke bawah. Aku pun dah pelik dah. Eh hidup ke tak anak kucing ni?Kalo hidup, mustahil dia nak senyap n lurus je  macam tu kan..Ibu terus la keluar ikut pintu dapur. Pastu dia pun terus letak anak tu kat simen. Mase tula aku ternampak perut anak tu actually dah terburai skit. Aku pun ape lagi kecoh la kat mak cakap Ibu makan anak Jibam. Haaa mesti korang pelik kan kenape aku cakap Ibu makan anak Jibam?

Cite dia camni sebenarnya. Si Jibam ada 4 ekor anak..Dia beranak 8 Feb 2015. Pastu selang dua minggu, Ibu plak beranak pun 4 ekor jugak. Jibam ni masalah dia tak ngam ngan semua kucing2 lain. Nak di jadikan cerita, 27 Feb 2015, dia keluar dari siang tak masuk2, dah stat nak menggatal balik. Skali kene keje kan kat kucing jantan jiran. Cedera parah la dia. Anak dia nak menyusu pun tak bleh, anak dia baru usik skit je, dia dah jerit marah2 anak dia. Anak2 Jibam plak dah mengiaww2 lapa sebab dah seharian tak menyusu. Aku pun dah risau dah camne plak ni. Anak2 dia kecik lagi kot. Takkan nak bagi kat Ibu, anak dia pun dah 4. Aku pun try la bagi anak2 Jibam kat Luna. Sebab anak Luna dah 3 bulan dah tapi still menyusu, so aku fikir dia bleh terima la anak angkat kan. Skali Luna tak nak. Aku pun amik balik anak2 Jibam tu n aku tawakal je letak dalam sangkar ibu. Ibu cium2 je sebab bau lain kan. Tapi tak lama tu ibu terus jilat anak2 Jibam tu. Pastu anak2 Jibam lak mungkin sebab dah terlalu lapar, terus dia nyoyot susu Ibu. Fuhh lega aku. Aku risau gak kalo2 anak2 Jibam plak yang reject Ibu. Alhamdulillah ok je..Start daripada tu, jadi lah anak2 Jibam tu anak angkat Ibu. Sian gak aku ngan Ibu tu, yela nak kena tanggung 8 ekor anak..Maun pengsan dia. Tapi dah dia terima ngan rela, Alhamdulillah la kan. Macam tu la cite asal dia.


Ok kembali ke tajuk asal, lepas je aku tengok perut dah terburai tu, aku biarkan jela. Nak buat macam mana kan. Aku pun nak gi amik anak buah aku kat sekolah, so aku tinggalkan Ibu ngan anak tu kat situ. Balik je dari sekolah tu, aku terus menonong gi kat tempat Ibu tadi. Aku tengok tinggal ekor je. Ibu n anak kucing tu xde dah kat situ. Rupe2nye Ibu bawak kat depan tandas, sambung makan kat situ. Berselera betul dia. Disebabkan ngeri n tak sanggup nak tengok, aku tinggalkan mereka di situ n terus masuk rumah.


Dalam kul 12.10pm aku keluar balik tengok Ibu, tapi dia xde dah kat depan toilet tu. Cari punye cari dia dah bawak anak tu kat belakang rumah, AND YANG PALING SCARY NYA dah tinggal kepale je!!!!Ohmaiiii..Ibu tengah menghabiskan cebisan yang terakhir n then dia blah tinggalkan kepala tu kat situ.Ohmaii..Ohmaiii..

Since daripada tu, tiap kali aku dengar anak kucing menjerit skit je mesti aku gi tengok. Risau n takot kalau2 Ibu membaham lagi anak dia. Tapi Alhamdulillah la sekor tu je yang Ibu makan. Skang ni dah nak dekat 2 bulan dah umor budak 7 ekor tu. Makin comel n nakal. Ibu pun sayang giler kat anak2 angkat dia tu.


Orang kata mak kucing ni makan anaknye sebab badan dia kekurangan nutrien. Dengan memakan anak tu, badan dia akan kembali sihat. Ada plak yang cakap, mak kucing makan anaknye sebab anak dia tu sakit. So dia tau anak dia tu tak bleh hidup, dia pun makan la. Lagi 1, dia nak memudahkan keje tuan dia, tak yah susah2 nak gali lubang tuk tanam anak dia. Baik den makan, konyang poghut..hahahaha..just kidding..

Monday, February 2, 2015

Mood: Rindu Sesangat Kat Meowww

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Salam perantauan dari aku..cewahhhh..hehehe..Hari ni genap 3 minggu aku tinggal kat Mukah, Sarawak. Dah kawen kene la ikut mane cik abang gi kan..Hai laaa..Dah kawen ni baru aku sedar jauhnye laki aku ni keje.. Dulu tak rase pun..Hahahahahha..

Aku tak sempat nak update rase sedih aku yang terpakse tinggalkan semua meoww2 aku kat kampung tu dek kerana sibuk sesangat kan..konon laaa...hehehe..Sepanjang kenduri kawen aku hari tu pun aku tak miss kemaskan sangkar diorang, bagi makan semua sebab aku tak nak diorang rase terabai..huhu..Then, sampai la masenye bila aku dah nak kene fly ke sibu, (aku naik flight  ke sibu pastu cik abang amik, naik kete ke mukah) aku rase serba salah sangat tinggalkan 16 ekor kucing di bawah jagaan mak aku..Sian mak terpaksa jaga diorang..huhu..Aku terfikir nak sedekah je meoww2 ni kat orang, tapi ade ke yang nak??So, nak tak nak, terpaksa la aku tinggalkan mereka2 dengan mak..macih mak..

Sesampai je aku kat rumah sewa kitorang kat Oya, ade sekor meoww ni, comel tapi bising gile mulut dia.. Suami aku cakap meoww tu pakej sekali ngan rumah sewa..hahaha..Aku terus bagi nama dia Oggy..Nape Oggy??Ntah la sebab macam sesuai je ngan dia..

Kehadiran si Oggy ni sedikit sebanyak mengubat kerinduan aku kat meoww2 aku kat semenanjung tu..Oggy ni selalu teman aku bila cik abang gi keje..Tapi ni dah 5 hari Oggy tak muncul-muncul. Pelik aku..Slalunye dia la akan memekak-mekak kat luar bila dia tau ade orang kat dalam rumah..Bila nampak je orang terus dia mengiaww..Last aku jumpa Oggy hari kamis ke jumaat lepas..Dia tido ngan kitorang malam tu..Tapi kul 3.30 pagi aku terpaksa kuar kan die sebab dia kaco cik abang aku tido..Kang mengamk lak orang tua tu, payah gak aku..hehehe..Tula last aku nampak Oggy..huhu..


Mane la Oggy ni..Risau gak aku..Oggy ni manja gila kot..Tapi bila dia manja sangat, aku risau gak..Sebabnye aku tak lama pun duk sini, cik abang dapat pindah balik semenanjung..yehaaaa..hehehe..Bayangkan la aku datang Sibu 12hb/Jan malam, kul 4 pagi kitorang gerak ke Mukah sebab cik abang tak dapat cuti..So petang 13hb/Jan tu kitorang gi la shopping..Excited tu nak beli barang2 rumah..Tengah pilih2 barang, tetibe membe cik abang kol cakap dapat pndah..Terus kitorang letak balik barang2 yang dah amik tu n terus kuar..Terkejut kot sebab aritu takde buat rayuan pun..Tapiiiiiiiii...aku mesti la suke..hehehe..Yeayyy dapat balikkkk..Tapi dah 3minggu dah ha..tak jugak dapat2 surat petukaran tu..penat dah tunggu..huhu (Eh!! Asal macam lari topik je ni??layankan jela ae..hhahahaha)

Okay ni jela bingkisan aku tuk arini..Moga jumpa di semenanjung..InsyaAllah..