ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

Thursday, July 23, 2015

Hiba: Kehilangan Yang Tiba-Tiba

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya semua..Hari ni dah masuk 7 Syawal, ramai yang dah start keje kan..Tengok tajuk je mesti korang dah tau entry kali ni mesti cite sedih..Hurm..memang sedih pun..sedih sangat2..
Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 4 Syawal, aku dapat wasap dari Kakcik aku mengatakan 3 ekor kucingku mati tanpa diketahui sebabnya. Ya Allah terkejutnya aku..Mana tak nye, yang mati tu semuanya sihat2 belaka n xda masalah apa pun..yang buat lagi sedih, Kakcik aku cakap ade lagi beberapa ekor yang tengah nazak n selebihnya termenung je..


Aku tak tau nak buat camne..Sebab mase tu aku kat rumah mertua. Aku mintak tolong Kakcik bagi makan ubat antibiotik kat mana2 yang tengah lemah masa tu. Esoknya lepas check up, aku terus balik rumah. Masa sampai, mak aku cakap Mickey dah takda. Mak dah tanam dah. So, aku xsempat tengok. Mak aku cakap, nangis dia masa tanam Mickey tu sebabnya Fin mak si Mickey duk mengadap je Mickey sampai la Mickey mati. Pastu lepas dah tanam, Fin terus mngiaww2 kat mak aku n keliling rumah macam dia tercari2 Mickey. Lagipun mak aku sedih sebab dia sayang si Mickey tu. Mickey suka kacau mak aku kalo time nak bersihkan sangkar diorang. Mickey ni nakal sangat. 
Lepas dengar cite mak aku, aku pun terus amik ubat antibiotik. Aku cari n tengok sekor2 mana yang sakit. Aku tengok Taxi keadaan dia dah lemah, n ada lg 2 ekor yang lemah gak. Aku tawakal je bagi antibiotik tu sebab dalam keadaan aku yang tengah sarat ni, tu je yang mampu aku buat. Tapi malam tu, sekor lagi mati. Hurmm...esoknya plak iaitu semalam, 5 ekor lagi mati. Dalam gambar tu ada 4 je sebab yang lagi sekor tu mak jumpa dia dah busuk kat bawah timbunan kayu2..Mungkin dia dah mati beberapa hari sebelum.


Allah...Aku dah masuk fasa pasrah dan menyerah jela..Lepas sekor, sekor mati..Aku rasa macam nak give up dah ni..Tapi kekuatan datang bila aku tengok, Taxi masih lagi bertahan. Anak Taxi si Jep pun masih lagi bertahan sampai hari ni..Cuma sekor lagi mati dalam longkang tengahari tadi..Lom sempat ada nama lagi meoww tu, dah pegi dulu..huhu..Masuk hari ni hari ke-4, total meoww aku yang mati 10 ekor..Now meoww aku tinggal 21 ekor out of 31..huhu..
Alhamdulillah, petang tadi pegawai veterinar datang rumah aku. Semuanya aku suruh cucuk antibiotik..Sekurang2nya, dapat kuatkan antibodi diorang..huhu..Cuma yang aku harapkan, meoww2 yang ada skang ni kuat n terus bertahan la..Buat Fin plak, harap terima kenyataan yang Mickey dah takda. Sedih aku tengok..Sampai hari ni dia still mengiaww2 keliling rumah cari Mickey. Pastu ngiaww kat aku seolah2 tanya mana anak dia..Sian Fin..huhu