ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

Friday, July 5, 2013

Merawat Sendiri Jangkitan SPORO Di Rumah

Tadi aku ade terbaca 1 post kat group "Dunia Kucing"..Saudari "Aidah Shahril" telah berkongsi cara-cara merawat sendiri jangkitan Sporo pada kucing..Kebanyakan vet (tak semua) akan suruh PTS meoww tu sebab kos perubatan terlalu TINGGI (senang cite, sgt2 MAHAL la). Kos perubatan vet RM700-800, Kos rawat sendiri di rumah RM200-300. Tak semua kita yang mampu nak hantar ke vet. Jadi, jom try kaedah ni plak.

Credit to Saudari Aidah Shahril for the info:

1. Gondolkan kucing anda (satu badan gondol)
2. Mandikan dengan sabun yang ada medication
3. Cuci luka dan lubang sporo tu dengan Povidon (kat farmasi ada jual, ubat kuning iodin)
4. Sapu ubat krim Terbenafine (Lamisil) kat farmasi ada jual,lebih kurang RM30.
5. Balut luka dengan kain bandage.
6. Pakaikan E-Collar supaya kucing tak gigit bandage dan garu badan.
7. Bagi makan ubat Sporanox (kat farmasi ada jual dan MAHAL, sebiji RM5-8) 1/2 biji sehari selama 20 hari.
8. Bagi makan Transfer Factor (TF) kat farmasi ada jual, sekotak RM80, pandai2 la mintak diskaun. Bagi 1/2 biji sehari tiap2 hari sampai pulih luka sporo.
9. Bagi makan Vetri-DMG (kat vet ada jual, dalam RM30 untuk yang cecair). Bagi 0.5 ml pagi dan malam tiap2 hari sampai luka pulih.
10. Bagi makan LIV52 (Himalayan, pandai2 la cari sebab produk ni kurang dijual di Malaysia, kat klinik dan hospital manusia ada jual tapi tak jual sebotol, diorang jual repack, kat kedai Himalayan tak jual sebab diorang kata produk ni dikawal oleh kerajaan). Bagi 1/2 sehari tiap2 hari untuk kuatkan hati sebab Sporanox adalah ubat yang bagi kesan pada hati.
11. Sentiasa cuci luka dan ganti kapas baru. Jangan lupa sapu krim Ternbenafine, 2 hari je luka akan tertutup, nipis dan kering.
12. Pastikan persekitaran bersih dan tak lembap.
13. Pastikan meoww dikuarantin kerana Sporo boleh merebak dan berjangkit.
14. Pastikan anda pakai sarung tangan dan mask ketika nak merawat kerana Sporo boleh berjangkit kat manusia.
15. MEDICATION, PATIENCE, LOVE, CARE, DOA & TAWAKAL.

Aku rasa entry ni agak penting untuk aku sebab mane la tau kan kok meoww aku kena plak..Kang teghabo-ghabo nak cari petuo..Skali dah nampak post ni, susah nak cari balik tau..Ape-ape pun, mintak dijauhkan la Sporo ni..susah nak jago..

9 comments:

  1. Ubat farmasi tu kan. 1/2 biji untuk kucing berapa kg ye?

    ReplyDelete
  2. Siapa nak cuba alternatif utk merawat sporo..boleh whatsapp saya 0182227022...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari buat rawatan alternatif tanpa ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sisss. kucing saya baru kena penyakit ni. camane saya nak rawat? mohon bantu :(

      Delete
  3. Siapa nak cuba alternatif utk merawat sporo..boleh whatsapp saya 0182227022...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari buat rawatan alternatif tanpa ubat.

    ReplyDelete
  4. Maaf ye kwn2..lambat sgt reply..huhu..meoww2 sy xpernh lg yg kene sporo..sy dpt kaedah rawatan ni dr shbt fb..mudah-mudahan dpt manfaat drpd post ni..kot2 meoww sy tkene sporo (mintak dijauhkn la..) bleh sy rujuk kt sini blik..

    ReplyDelete
  5. kalau ada meow kena sporo buntu x tau nk ubat..hubungi saya 0112559340 wasshap dulu ye

    ReplyDelete
  6. kalau ingin membuat rawatan sporo boleh call saya 01112559340 wasshap dulu ye..

    ReplyDelete
  7. Penyakit sporo boleh diubati
    https://www.psherbs.com/bolehkah-kucing-berpenyakit-sporo-diubati-dan-sembuh/

    ReplyDelete