ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

ni semua yg pernah hadir dalam hidup aku..

Wednesday, June 8, 2016

Baby Meeoww Nyorok Kat Enjin Kereta

Nape aku panggil dia Pungut? Sebab aku pungut dia la..hehe..Aku pun tak tau Pungut ni asal dari mana sebenarnya. Cite dia macam ni, 1 hari di bulan Mac 2015, Alang aku balik kampung iaitu rumah yang aku tinggal ni la kan. Tapi dia tak balik rumah aku terus, dia singgah rumah mertua dia dulu. (mertua dia sekampung je ngan mak aku) Sesampai je dia kat rumah aku, tetiba dengar bunyi anak kucing. Cari punya cari, rupanya ada anak kucing dekat enjin kereta Alang aku ni. Tapi dia takut ngan orang. Tak dapat nak amik. Last2 biarkan jela. Then, sebelom diorang balik Seremban, diorang cek balik, tengok dah takde. Jadi Alang aku assumed yang anak kucing tu dah turun dan lari nyorok kat mana-mana la kan. (owh lupa nak bagitau yang aku takda masa kejadian) Masa diorang nak balik tu aku pun sampai, so Alang aku pesan la kan tolong cari anak kucing tu mungkin nyorok kat tempat simpan gas. Aku pun ok je. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi anak kucing mengiaww. Aku pun cari la. Tengok2 takde pun. Hurmm, masuk la rumah balik. Pastu bunyi lagi. Aku cari lagi skali, cari punya cari, gotchaa!!Dia nyuruk dekat ngan ayam mengeram, kat celah2 kotak2 yang dah koyak2 tu. Puas pujuk2 last2 dapat gak pegang dia. Comelnyaaa!!Stat hari tu aku pun bela la dia. Aku letak dia sama sangkar dengan Jibam dan anak2, Alhamdulillah mereka serasi bersama..hehe..Tapi, sekejap je rupanya Allah bagi aku jaga Pungut ni..huhu.. Bulan April 2015, betul2 sebulan aku jaga Pungut, dalam kul 11 pagi macam tu, Pungut kembali pada Pencipta nya.. Hurmm sedih rase hati sebab semalamnye tu dia ok je tak nampak macam sakit pun.

P/S: Sebenarnye kan, ada 2 ekor anak kucing naik kat enjin kereta Alang masa tu. Yang lagi sekor tu sangat garang dan masih menyorok kat enjin. Pungut je yang turun lari. Sampaikan abang ipar aku nak ke opis esoknya pun dia masih kat enjin..Huhu..Harap2 dia turun dengan selamat la kat opis abang ipar aku tu..

No comments:

Post a Comment